Hospital Kluang
Hospital Kluang

Hospital Kluang

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom[2] atau biasanya disebut sebagai Hospital Kluang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Kluang, Johor, Malaysia.Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dinmakan sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim. Hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember 2011, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk. Hospital baharu itu dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya.Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal. Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.